Tuesday, June 16, 2009

Cintakah Kau Padaku

dimalam yang dingin ini
hujan deras menemani
kau pun duduk disamping ku
tetapi...
tak sepatah kata yg terucap

aku tak mengerti...
apa yang kau pikirkan dihati
adakah dia yang kini
tlah melukai dirimu itu

mungkin itu hanya dugaanku
karna kau kini ada disisiku
mungkinkah...
dia masih terukir dihatimu
masih tak dapat kau lupakan

memang kata cinta telah
kau ucapkan padaku...
tetapi masih saja aku ragu
dari sikapmu itu...
kasih...
aku hanya ingin tau

bolehkah aku bertanya padamu
cintakah kau padaku...
benarkah kau cinta padaku???

NI AI WO MA???
NI SEH CEN TE AI WO MA??
WO KHE YI CE YANG WUN NI MA?

karya : chie-chie

Ingin Sekali

Dari kejauhan itu
kuterpandang seraut wajah
tenang dalam diam
namun seakan menyimpan
suatu nostalgia memilukan
rahsia tak terucap
Ingin sekali kumenghampiri
memulakan bicara
berbual mesra
namun hajatku tak pernah
kesampaian
kerna sifat malu seorang wanita
masih menebal dalam diri
Oh bilakah peluang itu
akan tiba akhirnya?

Ingin sekali kuselami
lubuk hatinya
meleraikan misteri
membebaskan kekecewaan lalu
aku ingin sekali melepaskan
belenggu hatinya
dan membangkitkan kembali
ghairah kehidupannya!

Karya : anna abadi

Puisi Sebelum Tidur

ku karangi puisi ini
di kala lewat malam
bertemankan lampu meja
bersama si kekunang
yang riuh-rendah terbang bebas

ku karangi puisi ini
di saat masa yang terlalu sepi
tiada deruman enjin kenderaan
malah si kutu-kutu rayau pun
telah terlena di ulit mimpi indah

ku karangi lagi puisi ini
untuk hilai tawa diri
moga malam ini tak lagi sunyi
seperti malam-malam sebelum ini

di saat akhir
aku menyudahi puisi ini
tiada apa lagi yang ingin ku karangi
selain dari menghabiskan bait-bait puisi ini
dan terus ke kamar mencari lena mimpi

karya : admie abdullah

Monday, June 15, 2009

Sampai Bila

bertahun sudah menanti
menunggu dan mengharap keajaiban
aku termanggu
seakan esok tiada yang istimewa lagi
untuk hari ini yang penuh mengecewakan

diri ni
lama bertahan
mencari kasih sayang
yang entah ke mana menghilang
terasa diri melayang
melayang layang ke puncak awan

korban kasih
terasa sedih
rasa diri tersisih
walaupun doa takpernah lekang dari yang pengasih

korban hati
terasa bagaikan mati
khas untuk yang dihormati
sesekali bukan mengharapkan untuk terus di ingati

korban jiwa
untuk dia pengubat lara
walau diri sengsara
janji dia kering air mata

ya tuhanku !!
dimanakah kebahagiaan untuk ku
rasa sedih tak mampu dibendung lagi
meskipun menaip dengan sepenuh hati

karya : admie abdullah

You're my friend

When you are sad
I will dry your tears..

When you are scared
I will comfort your fears..

When you are worried
I will give you hope..

When you are confused
I will help you cope..

And when you are lost & can't see the light,
I shall be your beacon.. Shining ever so bright.

author : unknow

Nilai Ilmu

ilmu itu gemala sakti
sinarnya cerah cahaya sejati
giat membaca ilmu didapati
sukar bercerai hingga mati

ilmu itu ibarat pelita
menerangi alam yang gelap gelita
tanpanya hidup tidak sempurna
ibarat perahu tiada kemudinya

harganya tidak dapat dinilaikan
sebuah dunia nilainya bukan
mari rakan kita amalkan
supaya hidup tidak ketinggalan

karya : abd. rasyiddin

Dia X

di hatiku ada dia
di hatiku rindukan dia
di hatiku ingin bersama
di hatiku jua bersemi kasihnya

ku sarung selendang cinta
ku kait benang benang harapan
ku sulamkan dengan perasaan
ku hias dengan bunga bahagia
untuk persembahkan hanya untuk dia

sayangnya

di hati kamu ada dia
di hati kamu wujud dia
di hati kamu terpatri dia
di hati kamu Cuma hanya dia

kau biaskan madah cinta
kau tenunkan bahasa berbunga
kau jalinkan ikatan mesra
untuk di hadiahkan hanya untuk dia

terasa luruh air mata
terasa sesak dalam dada
sungguh ku rindu dia
tapi rinduku pasti tiada arahnya !
aduhai diaaaaa….

karya : teratai putih

Dia IX

andai kau bertanya
mengapa masih rindu dia
sedangkan dia telah tiada
jauh meninggalkan kita
jawapanku masih satu
kerana dia terlalu istimewa
dalam hatiku..

andai kau masih tak mengerti
mengapa dia tetap ku kasihi
walau dia mencalarkan hati
yang maha sakit sekali
jawapanku tetap pasti
kerana dia ku sayangi
utuh dalam sanubari...

dia teristimewa
dia yang ku cinta..!!

karya : teratai putih

Dia VIII

entah mengapa
dengan tiba tiba
ku rindu dia
ya dia..
dia yang mewarnai hati
dia yang ku sayangi
dengan segenap hati
walau terpisah dua benua
walau berlainan sempadan masa
dia tetap ku nanti
dia tetap ku cari..

ku tahu dia
telah mencalarkan rasa
menghadiahkan seribu luka
dengan tega berselindung nyata
bahawa kita sebenarnya
tak mungkin bersama
walau sekuat mana
aku mencuba sedaya upaya..

ku tahu dia juga
telah mencerminkan benci
berputik dihati tanpa di sedari
terasa sedih di tinggal pergi
lagi pedih diri di khianati
hatiku berderai hancur sekali
namun dia tak pernah sekali
memikirkan akibat aku di sini..

tapi mengapa harus dia
yang ku cinta akhirnya
mengapa mesti dia
yang ku cari dalam lena
walau ku tahu
dia yang menghadiahkan sendu..??

aduhai dia..
yang tetap ku rindu
alahai dia..
yang bertakhta di hatiku..

karya : teratai putih

Dia VII

saat titisan hujan
menitis menimpa lengan
aku teringat dia
yang terlalu istimewa
yang sangat ku cinta..

saat bulan bersinar seri
menerangi alam hati
aku teringat dia
yang jauh di mata
yang ku tak pasti di mana..

saat pelangi di celah awanan
buat aku makin tak keruan
aku teringat dia
apakah masih sendirian
atau telahpun berteman..??

untuk dia
jangan biar aku tersiksa
merindu tiada akhirnya..!

karya : teratai putih

Dia VI

Ya Tuhanku
ku mohon padaMU
hapuskan rasa rindu
yang terlalu menggebu
di sudut hatiku
untuk dia
yang kini enggan di punya
yang kini hilang di mata
yang kini sepi berbicara..

Ya Tuhanku
ku pinta sekali lagi
lenyapkan bayangan ini
yang sering menaburi
di ruang mata hati
tentang dia
yang kian bersulamkan sepi
yang kian bertemankan sunyi
buat hatiku sakit sekali
kerana
terlalu menyayangi..

Tuhan
ku berharap padaMU
kembalikan bahagia itu
andai ia masih milikku
pulangkan dia padaku
bersama kasih sayang dulu
yang buat aku
sering merindu..tak jemu jemu..
namun
duhai Tuhanku
andainya kau pulangkan dia
tanpa rasa cinta yang membara
yg lenyap di makan masa
ku rayu
berikan aku kekuatan itu
agar aku dapat bernafas
seperti selalu..!!

karya : teratai putih

Dia V

untuk dia yang ku cinta
ku harap ia mekar sentiasa

untuk dia yang ku rindu
ku tunggu kamu di ruang itu

untuk dia yang ku sayang
kasihku padamu jelas dan terang

untuk dia yang teristimewa
semoga kita bahagia sentiasa

dan untuk dia yang ku kasihi
aku kan setiasa berada di sisi

karya : teratai putih

Dia IV

antara kamu dan dia
ada cerita yang lara
antara kamu dan aku
ada kisah nan sendu..
dia
kamu cinta separuh nyawa
aku
kamu sayang seluruh raga..
dia
kamu rindu setengah gila
aku
kamu kasih setulus hati
lalu bagaimana bila kamu
menyuruh aku memilih antara dua..
kamu
tetap istimewa
walau hati terbahagi dua
kamu
tetap bahagia
walau tanpa aku di sisi..
kamu
tetap ceria
walau aku semakin menyepi..
dan akhirnya
tanpa berkata aku mengerti
hanya dia yang kamu sayangi...

karya : teratai putih

Dia III

dia
yang bersuara lantang
yang berkata dari pagi hingga ke petang
aku hanya miliknya seorang

dia
yang kini ku gelar pencuri
mencuri lalu bawa lari sekeping hati
sehingga terfikir untuk mencari erti yang pasti.

dia
hanya dia yang cu cari bila tiada
hanya dia yang ku perlu tika berduka
ingin meluah semua rasa yang tersisa

dia
pada dia ku curah rindu
pada dia hampar kasih
tapi hanya aku yang pilu
bila sebenarnya kasihku umpama segenggam pasir
semakin di genggam semakin bersih
di akhirnya aku yang terluka
kerana pada dia..aku hanya bermain di alam maya..

karya : teratai putih

Dia II

dia
sudah terluka hatinya
kerana kasih rupanya bukan untuknya

dia
sudah merajuk lagaknya
kerana rindu itu masih tak bertaut

dia
matanya di butakan olehnya
masih tak nampak aku di sini
sendiri menunggu di ruang rindu

dia
sudah hilang di balik nama
sudah pergi di balik pelangi
aduhhh..aku sendiri..menghitung hari....

karya : teratai putih

Dia I

Dia
Pernah singgah di hati ini
Membawa kuntuman cinta
Merah mekar warnanya
Putih bersih kelopaknya
Namun tajam berbisa durinya

Dia
Sering hadir dalam lenaku
Membawa mimpi indah berseri
Seolah aku dalam realiti
Mengusik manja membelai mesra
Namun itu hadirnya hanya seketika cuma

Pada dia
Tercubit rasa sayang di permulaan
Terdetik rasa kasih di pertengahan
Tertumpah rasa cinta yang berlarutan
Tapi..terseksa hatiku di akhirnya
Sayang yang ku beri di anggap mainan
Kasih yang ku hulur di anggap gurauan
Cinta yang ku semai di persendakan

Dia
Adakalanya melafaz rindu
Namun ku tahu bukan padaku
Ada ketika mungucapkan sayang
Tapi ku pasti ia bagai bebayang
Ku tahu rindu ini untuk dirinya
Ku tahu sayang ini bersemi padanya
Tapi bila kenyataan itu menyentak
Terasa seluruh jiwa memberontak

Ya Tuhan…
Maafkan aku kerana masih ada sisa sayang padanya
Ampuni aku kerana masih berbekas cintanya di hati
Tapi..berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya
Agar terlerai rasa resah yang kian mengunjungi diri

karya : teratai putih