Monday, June 15, 2009

Dia I

Dia
Pernah singgah di hati ini
Membawa kuntuman cinta
Merah mekar warnanya
Putih bersih kelopaknya
Namun tajam berbisa durinya

Dia
Sering hadir dalam lenaku
Membawa mimpi indah berseri
Seolah aku dalam realiti
Mengusik manja membelai mesra
Namun itu hadirnya hanya seketika cuma

Pada dia
Tercubit rasa sayang di permulaan
Terdetik rasa kasih di pertengahan
Tertumpah rasa cinta yang berlarutan
Tapi..terseksa hatiku di akhirnya
Sayang yang ku beri di anggap mainan
Kasih yang ku hulur di anggap gurauan
Cinta yang ku semai di persendakan

Dia
Adakalanya melafaz rindu
Namun ku tahu bukan padaku
Ada ketika mungucapkan sayang
Tapi ku pasti ia bagai bebayang
Ku tahu rindu ini untuk dirinya
Ku tahu sayang ini bersemi padanya
Tapi bila kenyataan itu menyentak
Terasa seluruh jiwa memberontak

Ya Tuhan…
Maafkan aku kerana masih ada sisa sayang padanya
Ampuni aku kerana masih berbekas cintanya di hati
Tapi..berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya
Agar terlerai rasa resah yang kian mengunjungi diri

karya : teratai putih

No comments:

Post a Comment