Monday, June 15, 2009

Dia VIII

entah mengapa
dengan tiba tiba
ku rindu dia
ya dia..
dia yang mewarnai hati
dia yang ku sayangi
dengan segenap hati
walau terpisah dua benua
walau berlainan sempadan masa
dia tetap ku nanti
dia tetap ku cari..

ku tahu dia
telah mencalarkan rasa
menghadiahkan seribu luka
dengan tega berselindung nyata
bahawa kita sebenarnya
tak mungkin bersama
walau sekuat mana
aku mencuba sedaya upaya..

ku tahu dia juga
telah mencerminkan benci
berputik dihati tanpa di sedari
terasa sedih di tinggal pergi
lagi pedih diri di khianati
hatiku berderai hancur sekali
namun dia tak pernah sekali
memikirkan akibat aku di sini..

tapi mengapa harus dia
yang ku cinta akhirnya
mengapa mesti dia
yang ku cari dalam lena
walau ku tahu
dia yang menghadiahkan sendu..??

aduhai dia..
yang tetap ku rindu
alahai dia..
yang bertakhta di hatiku..

karya : teratai putih

No comments:

Post a Comment