Monday, June 15, 2009

Dia III

dia
yang bersuara lantang
yang berkata dari pagi hingga ke petang
aku hanya miliknya seorang

dia
yang kini ku gelar pencuri
mencuri lalu bawa lari sekeping hati
sehingga terfikir untuk mencari erti yang pasti.

dia
hanya dia yang cu cari bila tiada
hanya dia yang ku perlu tika berduka
ingin meluah semua rasa yang tersisa

dia
pada dia ku curah rindu
pada dia hampar kasih
tapi hanya aku yang pilu
bila sebenarnya kasihku umpama segenggam pasir
semakin di genggam semakin bersih
di akhirnya aku yang terluka
kerana pada dia..aku hanya bermain di alam maya..

karya : teratai putih

No comments:

Post a Comment