Thursday, July 16, 2009

Bukan Sendirian

di satu sudut bilik
ruang yang cukup sepi
terbias camar cahaya lampu jalan
riuh rendah desiran unggas
sepoi nya tiupan angin
terbias di telinga
tersedar yang aku bukan sendirian

kerap kali aku lawati
sudut sunyi bilik itu
walaupon aku ketahui
ia nya tak akan membantu ku sepenuhnya
namun tak pernah aku terfikir
untok capai serombolan rasa gembira
cuma cukuplah
dengan hakikat yang paling hakiki
bahawa aku tidak sendirian

kini
aku bertandang lagi
di sudut terpencil itu
seperti awal
kejadian alam pasti bersama
menunggu untok menghiburkan ku
kesetiaan mereka tidak aku pertikai kan
mereka akan pasti bersama ku
setiap masa.. setiap ketika
cuma terkadang silap aku
kerana selalu lupai mereka

karya : admie abdullah

No comments:

Post a Comment