Thursday, July 16, 2009

Yang Lembut Dan Harum

yang lembut dan harum
kelopak-kelopak itu
menjanjikan bau yang lain
dan istimewa
kadangkala bayu
pun berperanan jua
rama-rama yang cantik
lebah yang berbunyi
tidak pun memastikan

taman itu mengalami
perubahan lagi
apabila detik-detik berarak
awam yang turun
makin rendah
langit biru mengizinkan
embun tidak menjadi
yang molek dan cantik
akhlak itu
menyuakan peribadi
yang lain
dan identiti yang baru
sama ada alisnya
yang berpandangan tajam
sama ada mindanya
yang berpandangan jauh

ia pun membilang semula
hari demi hari
tapi tidak lagi
mulai dari isnin
barangkali kerana ragu
atau sedikit keliru
tanpa mengertikan apa-apa
jika wujud perubahan
atau permainan bahasa
yang seni-seni

ada yang mengambil alih
seperti plastik
jua sabun
dan kertas
menjadikannya daun-daun
dan kelopak-kelopak
dan tangkai-tangkai
sama ada hilang dengan sendiri
ketulenan
sama ada mewujudkan yang baru
paling kini
sama ada menambah lagi
sempurnanya kemanusiaan

karya : najmi

No comments:

Post a Comment