Thursday, July 16, 2009

Tidak Mungkin Berpatah

engkau pun kembali
bersama senyuman kesisi ku
membawa sekuntum bunga cinta yang baru
indah bercahaya segar mengharum
seperti dulu, kata mu :
" Ana telah silap,
Ana berjanji tidak akan buat lagi,
maafkan Ana untuk kali terakhir ini "


usahlah bersedih
atau mengalirkan air mata
mengenang perpisahan yang pernah kau pilih
dan telah ku maafkan segalanya
pergilah mencari
apa yang ingin dicari
kerana
tidak engkau peroleh semua itu dariku
cinta bagiku
perlu di ikat kemas dan rapi
dengan tali kesetiaan

mungkin fikir mu
luka ini mampu diubati
dengan ramuan yang engkau pungut
dari hutan batu berakar selumbar berpaya belukar
tempat diami buaya buas dan ganas
sekalipun engkau yang melukakan
engkau tetap tidak tahu
sedalam mana luka itu

karya : anjanglie

No comments:

Post a Comment