Thursday, July 16, 2009

Setelah Mengahwini Mu Kekasih Ku

setelah mengahwini mu kekasih ku
semakin ku kenali diri ini
segunung tanggujawab yang menunggu
tak semudah ikrar yang ku lafazkan dulu
betapa sederet impian tak tergengam
dik desakan keperluan
yang pelbagai dan mahal

namun ku sanjung murni keredaan mu
memanjat syukur sekadar yang ada
dalam tenang menenun kesabaran
memahami hakikat kesulitan yang mencengkam
meskipun segugus impian yang terpendam
masih tak bisa ku jelmakan

setelah mengahwini mu kekasih
semakin ku fahami diri ini
kiranya lafaz janji dulu
bersalut mainan perasaan cuma
barangkali dik keinginan yang membara
mahu menakluk lakaran cinta mu
kerana engkau bak unggas yang bebas
dan aku pemikat yang bimbang tertewas

maafkan!!

karya : Mohd Kasim Mahmud

No comments:

Post a Comment