Monday, August 17, 2009

Wajah Sebenar

wajah sebenar
sukar dikesan
sungguh sukar dikenal pasti
bagi mereka
yang melihat hanya sekali dua
tanpa sebarang penghayatan

wajah itu
bersifat palsu
pada seukir senyuman
yang tidak ikhlas
ia juga masih mengukir
seribu lagi senyuman
dari keluaran yang sama

wajah itu
sampai bila mampu bertahan
ianya tidak sama dengan wajah hati
malah jauh berbeda
dengan naluri diri
mengapa dipalsukan semua ini?

wajah sebenar
biarpun
tidak terpampang di ruangan pameran
tapi tidak mengapa
kerana aku telah lama siap
melakarkan wajah sebenar mu
disatu ruangan
disudut hati ku

AKU MENGETAHUI SEGALA BENTUK KEDUKAAN MU !!

karya : admie abdullah

No comments:

Post a Comment