Wednesday, April 8, 2009

Bangsa Melayu

duhai bangsa ku
di tanah melayu
lekaslah bangun dari lena mu
yang sepanjang masa
di ulit mimpi indah

pandanglah ke serata pelusuk
kaji dan ukurlah
kejayaan bangsa melayu
yang semakin lemah ini

pandang dan sedarilah
bahawa kita mungkin
di jajah sekali lagi
oleh minda penjajah asing
seandai masih
dengan cara yang lama
serta tabiat hidup yang sama

wahai bangsa ku
sedarilah keadaan itu
yang kita sudah tiada waktu
mendengar lagu rindu
di saat bangsa melayu
perlu satu lagu
lagu negaraku

karya : admie abdullah

No comments:

Post a Comment