Thursday, April 9, 2009

Bunga Kertas

di celah wangian merah di hari terbit
itulah peluang mekar nya
bukan dalam taman kanji
biar pon elok bergelar warkah
dan tiada mengharumkan tangkai nya

dari bunga ucapan yang berserah
di situlah tertulis rumpun hati
akan nurani nya yang mabuk
kerana mengorbankan judul prinsip
tega dan mengalah pada duri
dari lereng aksi ambalela
salah seorang pencipta nya

andai bergelora tujuh lautan
andai berseri tujuh taman
pasti nya ia masih mengegar
lalu mengancam keharuman
saudara-saudaranya yang lain

begitulah cerita mereka tentang nya
dan akan tetap begitu

karya : Ismail Khalil Salleh

No comments:

Post a Comment