Wednesday, April 8, 2009

Pelukis Jalanan

di sudut bangunan
seorang pelukis
dengan hanya berkerusi kayu
dan beberapa alatan lukisan
yang kian uzur
begitu tekun menghasilkan lukisan
sama ada berupa
keindahan alam semulajadi
ataupon berupa
gambar-gambar yang peribadi
bergantung pada tempahan
mungkin juga mengikut kreativiti
si pelukis itu

fikir ku
bulehkan pelukis itu
mendapat wang dengan menjual
lukisan hanya di jalanan itu ?

aku yang kejauhan merapati
pelukis itu masih tekun lagi
menyiapkan sebuah potret keluarga
mungin tempahan
yang segera di kehendaki barangkali

setelah
berada di situ agak lama
akhirnya pelukis itu memberitahu ku
bahawa kesemua lukisan nya yang siap
telah di miliki
dan ianya di bayar mencecah ribuan ringgit
katanya lagi
biarpon melukis di tempat yang tak sempurna
tapi seandainya memiliki bakat yang tinggi
kita pasti di ekori
walau kemana saja kita pergi

karya : admie abdullah

No comments:

Post a Comment