Wednesday, April 8, 2009

Jangan Lupa Aku

Aku berpuisi, berkarya
Kerana ingin menyampaikan cerita
Kadang kala menyelitkan pesanan
Buat peringatan...

Ada kalanya pula
Aku berlawak jenaka
Membuat kamu tak kering gusi
Dan ada juga masa
Aku luahkan segala rasa
Dari hati dengan penuh emosi

Coretan-coretan isi hati
Cuma ini yang mampu ku beri

Bila aku sudah pergi
Dan takkan balik lagi
Meninggalkan kenangan dan memori
Aku harap tulisan aku
Bila dibaca oleh kamu
Buat kamu rasa aku hidup kembali

p/s = apabila penulisnya sudah tiada
puisinya akan terus hidup,terus dibaca
terus membuat pembaca sedih,gelak-tawa
dan mengambil iktibar


karya : Nur Nie

No comments:

Post a Comment