Monday, May 11, 2009

Bunga & Matahari

katamu
aku umpama bunga
yang berkelopak wangi
untuk dirimu
kerana hati ini penuh dengan kasih sayang

kataku
kau umpama matahari
yang memberi sinaran
dihatiku dengan keterangan cahaya cintamu

katamu
kau umpama matahari
yang memberi nyawa kepada bunga
untuk setia berkembang

kataku
aku umpama bunga
yang harum mewangi
untuk ditanami didasar hatimu
dengan cinta dan kasih sayangku
yang kekal abadi..

karya : daniela

No comments:

Post a Comment