mengarangi lagu rindu
bersama gemersik biola nan syahdu
petikan bersama piano rakan ku
terjahan cerita mu cerita ku bertalu talu
rakan ku layu
tapi aku bagai tak jemu jemu
meringkas kata mengarang lagu
lagu buat diri ku
rakan ku terlena di pepenjuru
piano juga terhenti disitu
biola pun ikut sama begitu
seolah tidak mahu lagi mengikut ku
ku siapkan rangkapan baris lagu
menjadikan lagu ku lagu yang rindu
menjadikan lagu itu lagu yang syahdu
sebuah karya cerita dalam lagu
perbagai hal indah berukir disitu
dan ianya telah lama berlalu
walaupun tersenyum terkenangkan selalu
sampai bilakan bertahan begitu??
karya : admie abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment