Monday, May 11, 2009

Hati Ku Ini

Hati ku ini, kuyup sudah dengan darah
Lukanya terlalu banyak
Tidak terubati, tidak dirawati.

Hati ku ini, merintih merayu
Minta dihargai minta disayangi
Minta jangan disusahkan, jangan dipayahkan.

Hati ku ini, pernah beku batu
Kerana tak mahu lagi tersiat
Setiap isi ruang dagingnya

Hati ku ini, terlalu lembut
Mudah terbuka, mudah terima
Mudah terlupa punca darahnya

Hati ku ini, punya pintu yang telah terbuka
Aku letakkan lilin didalamnya
Aku semarakkan dengan kata cinta

Hati ku ini, menangis tersedu
Bila lilin yang terangi hati gelap
Ditiup padam tinggal gelita

Lilin, ku tahu kamu sedar
Betapa hati ini rindu kamu
Betapa hati ini sedang berusaha kuat
Mahu kamu terus nyala

Tapi lilin, jika kamu masih enggan nyala
Janganlah kau tinggalkan habanya
Lenyap saja
Jangan tinggal sisa
Walaupun bukan itu kehendak jiwa

karya : Nur Nie

No comments:

Post a Comment