Friday, May 22, 2009

Lara Hati

lara hati ini kembali mengisi ruang
yang pernah ku tinggalkan
kini ianya kembali
dengan laraan hati yang penuh kerinduan
sukarnya untuk aku berlari
payah untuk aku berjalan
didunia yang penuh dengan kegetiran dan kebahagiaan ini
semakin cuba harungi
makin nampak simpang siurnya untuk ke destinasi
lara hati ini akan bertapa
selagi jalan keluarnya tak ku temui
izinkan aku Tuhan
untuk meloloskan dari lara hati ini
berikan aku kekuatan
yakinkan diriku ini
agar tenang dan tabah hadapi ujianMU
ku ingin pergi dari lara
ku ingin buang lara
namun hijab hatiku penuh lara rindu
yang membelenggu kamus fikiranku
mungkinkah aku tidak layak mencintai
atau pun menerima cinta
kerana lara hati yang datang
aku ingin bahagia
namun jalan ku pilih penuh rintangan
siapakah aku disisi cinta?

karya : daniela

No comments:

Post a Comment