Wednesday, May 13, 2009

Sebuah Harapan

memandang ke dada awan
aku tersenyum melihat kilauan bintang
tercari-cari sebuah impian yang membaja
di dasar lautan hati yang membuak dengan
kalimah cinta dan rindumu
syahdunya hatiku
setiap kali membaca getaran cinta
dan lambaian rindumu
sehinggakan aku tidak tenang disini
jantungku berdetak kencang
seperti gendang yang ditabuh pemainnya
inikah cinta?
inikah sayang?
yang mula melingkar disegenap inci tubuhku
tanpa kehadiranmu
dirimu terbuai-buai diawangan
rinduku makin menebal
gemersik suaramu
membuatkan rinduku hilang
kasihku makin meluap-luap
sayang
andai aku membina istana cintaku
dengan rindu dan cinta ini
sudikah kau membelai dan membuainya
dengan sebuah kesetiaan
aku tidak betah bersendiri lagi
kerana kau berjaya membuka hatiku
menerima sebuah kasih yang tulus dari hatimu
sudikah kau menganyam rindu-rinduku
dengan membina sebuah istana cinta
yang mampu kita bolosi bersama tanpa batasnya
harapanku
kau pencintaku yang setia
kau perinduku yang sentiasa
mendambakan kehadiranku
namun aku hanya mahukan kepastianmu
sebelum kau menyerahkan cintamu padaku
adakah kau sudah mencintai penciptaMU
kerana aku inginkan kebahagiaan yang azali di sana nanti
ditemani seorang lelaki yang beriman yang ku kasihi

bila rindu, akan terpamit sebuah kelukaan diwajah

karya : daniela

No comments:

Post a Comment